Pelbagai jawatan Kosong di Jabatan Hutan Sarawak
NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG
Jabatan Hutan Sarawak ialah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengurus, memelihara, dan melindungi sumber hutan serta kepelbagaian biologi di Sarawak secara mampan melalui penguatkuasaan undang-undang perhutanan, pengawalan pelesenan hasil hutan, serta pewartaan kawasan perlindungan seperti taman negara dan santuari hidupan liar.
Kini Jabatan Hutan mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon jawatan seperti dibawah.
PELBAGAI JAWATAN KOSONG DI JABATAN HUTAN SARAWAK
Jabatan Hutan Sarawak mempelawa pemohon daripada anak kelahiran Sarawak atau warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti
berikut:-SENARAI JAWATAN
Bil. | Jawatan | Gred SSPA | Taraf Jawatan1. | Pemelihara Hutan | G9 |
2. | Pegawai Penyelidik | Q9 |
3. | Pegawai Penguatkuasa | KP9 | Jawatan berasaskan
4. | Jurutera (Awam) | J9 | Caruman (JBC)
5. | Jurugeospatial | J9 |
6. | Penolong Pemelihara Hutan | G5 |
7. | Pereka | B5 |
:: Missed other vacancy? please refer here.
:: Welder Vacancy, refer here.
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui lamanweb: https://erecruitment.sarawak.gov.my
i. Memiliki Sarawak Pass dengan mendaftar di https://sarawakpass.gov.my
ii. Mewujudkan akaun peribadi dalam e-Recruitment bagi permohonan pertama kali.
iii. Mengemaskini maklumat peribadi bagi pemohon yang telah mempunyai akaun
dalam e-Recruitment.
iv. Memohon jawatan yang diminati berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki.
SYARAT KELAYAKAN
- Tertakluk kepada jenis jawatan yang dipilih, pemohon diwajibkan memiliki kelulusan yang ditetapkan (sila rujuk dalam laman web e-Recruitment).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Manakala bagi calon Unified Examination Certificate (UEC), hanya perlu lulus
Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan
pertama ke dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.
Tarikh tutup iklan : 6 Oktober 2026
Iklan dikeluarkan oleh : Jabatan Hutan Sarawak
Rujuk iklan penuh : disini.




0 comments