PERSONEL MYSTEP SETARA IJAZAH - MOHON SEKARANG


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.




PERSONEL MYSTEP SETARA IJAZAH

> You maybe interested with Pertama Ferroaloys Vacancy.
> Missed other vacancy? please refer here.
> Welder Vacancy, refer here.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

Contract

Working Hours
  • Normal Hour

Occupation
  • Office manager

Salary
  • RM 2,300

Education
  • Bachelor's or Equivalent

Sector
  • Public administration and defence; compulsory social security



Job Description
1. Mengurus permohonan penyewaan ruang pejabat dan stor ekshibit KPDN

Mengurus dan menyelaras permohonan baharu, pelanjutan, penambahan dan perpindahan penyewaan ruang pejabat dan stor ekshibit KPDN bagi seluruh negeri untuk dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Kementerian Ekonomi (KE), dan Kementerian Kewangan (MOF).

2. Penyediaan laporan status permohonan sewaan

Menyediakan dan mengemas kini laporan status terkini permohonan baharu, pelanjutan, penambahan dan perpindahan penyewaan ruang pejabat serta stor ekshibit KPDN secara berkala.

3. Semakan maklumat dan pengemaskinian sistem ProMIS

Menyemak permohonan daripada KPDN Negeri dan mengemukakan kuiri sekiranya maklumat tidak lengkap sebelum permohonan dikemukakan kepada BPH melalui sistem ProMIS.


4. Semakan draf perjanjian sewaan

Menyemak dan menyelaras draf perjanjian penyewaan ruang pejabat dan stor ekshibit KPDN bagi memastikan kandungan dan pematuhan syarat teratur sebelum perjanjian dimuktamadkan bagi tujuan edaran dan simpanan rekod di peringkat Kementerian, KPDN Negeri dan Bahagian Undang-Undang.

5. Pelaksanaan tugasan dari semasa ke semasa

Membantu menyediakan, menyelaras, dan mengemas kini maklum balas mesyuarat atau dokumen berkaitan pengurusan penyewaan ruang pejabat dan stor ekshibit KPDN mengikut keperluan serta melaksanakan arahan dan tugasan rasmi berkaitan dari semasa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON


> You maybe interested with Pertama Ferroaloys Vacancy.
> Missed other vacancy? please refer here.
> Welder Vacancy, refer here.

0 comments